Kemahiran Memegang Raket
Terdapat 3 jenis pegangan asas iaitu:
1. Pegangan depan (Forehand Grip)
2. Pegangan kilas (Backhand Grip)
3. Pegangan rata (Flat Grip)
PEGANGAN DEPAN
1. Pegangan depan (Forehand Grip)
2. Pegangan kilas (Backhand Grip)
3. Pegangan rata (Flat Grip)
PEGANGAN DEPAN
- Pemain akan memegang raket pada tangan yang tidak bermain (gunakan tangan kiri jika anda menggunakan tangan kanan untuk bermain ataupun di sebaliknya) pada bahagian tengah pemegangnya dengan bahagian kepala menegak dan pegang pada bahagian pemegang dengan tangan kanan seperti berjabat tangan.
- Jangan pegang terlalu erat pada bahagian pemegangnya.
- Gunakan jari untuk memegang bahagian yang rata pada sisi pemegang raket selari dengan bentuk V antara ibu jari dengan jari telunjuk
- Jari yang tidak memegang raket akan memberikan kekuatan padapergelangan tangan bagi medapakan aksi pukulan yang baik serta kekuatanyang diperlukan.Jika raket dipegang denga kuat,akan menghadkanpergerakan pada pergelangan tangan dan kekuatan berkurangan • berlatihlah memukul bulu tangkis ke depan dan kebelakang bersampasangan anda menggunakan kilasan pergelangan tangan bagimendapatkan pegangan yang selesa untuk pukulan atas kepala dan pukulanbawah
Pegangan Kilas (Backhand Grip)
- digunakan untuk memberi pergerakan yang baik pada permukaan kilas raket serta memudahkan pergerakan raket pada sisi kilas pemain.
- memusingkan sedikit raket di dalamjari mengikut arah putaran jam (jika anda pemain tangan kanan)untuk membawa ibu jari kepadabahagian rata pemegang raket
Pegangan Mendatar/Rata
- dilakukan dengan menegakkan raket di depan anda pada tangan yang tidak bermain dengan kepalanya berdepan dengan jaring.
- Letak tangan yangbermain ke depan dan pegang mengikut pegangan.
- Ramai pemain yang menggunakan pegangan ini bagi membolehkan meletak bulu tangkis ke bawah,berdekatan jaring serta dengan sedikit pukulan belakang.
- Bentukkan pegangan sendiri.
*Penting
1. Pegang raket pada jari tetapi jangan terlalu kuat
2. Gunakan pergelangan tangan untuk melepaskan kepalaraket ke arah bulu tangkis